Custom Glitter Text

Khamis, 23 Jun 2011

lovehimdamnmuch: sukedalamdiamjer...

lovehimdamnmuch: sukedalamdiamjer...: "ok..1st skali na ckp sal mamat sorg ni...ade la..dak kampus aku gak..hensem..bergaya..n smart..tp 2 la..minat lam diam je..coz ak tau aku sa..."

Isnin, 28 Februari 2011

hye guys....

salam...hye guys,kat bawah nie ada movie khurafat...sapa yang blum tngok..tngok la kat blog era k...bye^^

Selasa, 22 Februari 2011

saya merindukannya...

       Sudah 7 hari aku tidak updated blog ku nie...rindu rasanya mau bercakap cakap sendiri di sini di samping meluahkan perasaan di dalam aty nie ba kan...nie kali aku mahu bercakap panjang lebar sikit..banyak yang ingin ku tulis.
       Aku ada bercerita dengan seorang teman ku...sesi bercerita cerita,mengadu itu ini,ketawa sana sini sambil bercerita soal nasib.  nasib nie kalau kita cerita sampai bila bila pun tidak akan habis sebabnya itu kadang adalah kenyataan,hakikat,penerimaan dan reality untuk kehidupan seseorang...ceh3..betul ka tu??heheheeee...nda kisahlah samada kenyataan yang aku beri itu benar atau salah tu semuanya masing masing punya pendapat kan...kalau aku tanya  pihak A, mungkin dia ada kenyataan lain lagi begitu juga dengan pihak B..tapi tu sebenarnya sama sahaja..tiada beza.
        Nasib nie ada di mana mana sahaja, bermula daripada pilihan kita dalam kehidupan sehari hari juga. bukan semua orang akan mendapat nasib yang sama kan???lain orang,lain la nasib hidupnya.  walau pun kita nie tidak mendapat apa yang kita inginkan dalam kehidupan (maksud ku nie target untuk mendapatkan sesuatu ) tapi bukan bermakna kita jatuh dan berserah macam tu jak..apa tah lagi kalau kita menjadi insan yang suka berputus asa..sebab,orang yang sering gagal dalam kehidupannya adalah di mana orang itu suka berputus asa dan mengejar sesuatu yang tidak pasti dalam dirinya.  bahaya la kalau kita menjadi sebegini kan. sepatutnya, seberapa banyak kegagalan atau kesusahan serta kurang nasib diri itu lah kita jadikan ikhtibar dalam diri. susahlah kalau kita nie jenis yang melonjak ja...yang asyik ingin merasakan kesenangan daripada kesusahan..ingat lah pepatah melayu atau kata-kata orang tua tua terdahulu" bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian" ingin senang kena kenal dahulu apa erti kesusahan dan kepayahan, agar suatu ary nanti seandainya sudah mendapat keselesahan dan kesenangan hidup dia tidak akan lupa siapa dirinya sebelum ini dan bagaimanakah dia mendapat kesenangan sebegini.  apa yang pasti, dia akan lebih menghargai apa yang sudah dimilikinya sekarang dan tahu untuk menjaganya daripada musnah dengan sekelip mata sahaja.
heheheheeeee...kalau dulu aku suka mempersoalkan kenapa nasib ku macam ini????kenapa?kenapa orang lain tidak begini????..tapi bila ku fikirkan balik,sering membaca buku-buku petua,nasihat dan melihat secara positif dan perspektif diri, aku mula melupakan semua persoalan itu..kerna pada ku, untuk apa aku ini menyoalkan persoalan seperti itu..seperti aku mengeluh untuk terus hidup dan menyesali hidup begini  serta tidak mensyukuri apa yang telah Allah S.WT tu berikan.  
         Semuanya boleh ambik nasihat ku ini, bersikap positif,jangan lemah,pedulikan apa yang orang lain ingin katakan (sebab seberapa banyak mana kita marah org yang cakap buruk pasal diri kita ini,tidak akan pernah habis...baik lagi kita berdiam diri,lama kelamaan dorang dengan sendirinya akan berhenti bercakap)jangan terlalu mengejar ngejar kejayaan org lain,jangan juga mencemburui kerjaya orang lain...sebab, selagi kita nie mempunyai sifat dan perasaan sebegini..selagi itulah kita asyik bercakap pasal nasib hidup mu yang malang.  tiada sesiapa pun dalam kehidupan nie di wujudkan menjadi orang yang malang...itu semua masa.  mungkin lain tahun,lain bidang di sana baru kita akan mendapat nasib yang lebih baik...sering sering lah tanamkan sifat sabar dalam diri...heheeeee...walaupun kadang kadang tidak ada kesabaran dalam hidup kan...
        Allah s.w.t sering mendengar rintihan seorang hambanya......jadi,berdoa,sembahyang dan jangan lupa berusaha..tanpa usaha kita tidak akan berjaya...amin....
        Apa yang paling penting adalah fokus dalam kehidupan dan bukannya berfikir soal nasib yang kita tidak tahu..fokus adalah segala galanya..iaitu,bila kita fokus,kita akan lebih berusaha untuk mencapainya dan kita sendiri juga akan berpuas aty dengan hasil yang kita dapat...insyaallah..GOD BLESS YOUR ALL......






Rabu, 16 Februari 2011

Cutie Lens @.@

      hye kawan-kawan....berminat tak dengan anak mata palsu..?semua cute-cute dan cantik-cantik..saiz pun besar-besar,macam org cakap...mata besar2 nie cantik-cantik.jadi kalau ada sesiapa yang berminat dengan lens boleh la tengok lens-lens yang era jual nie...
     hopefully semuanya akan suka yek...^^




POP C LIGHT GREY
POP C LIGHT BROWN


POP C LIGHT BLUE
POP C DARK VIOLET


   POP C DARK GREY

15.5mm..
1-1000 power..
1 pair RM40
2 pair RM60
** free postage^^
 
kalau ada yang berminat boleh comment kat bawah nie yek...^^
semua di atas nie lens jenis POP C...
 

Ahad, 13 Februari 2011

MY STORY...: MONDAY, FEBRUARY 14, 2011

MY STORY...: MONDAY, FEBRUARY 14, 2011: "'CONTEST SHORT STORY OF 20 WORDS' Assalammualaikum semua kepada para pembaca Blog saya^^ini adalah hasil nukilan saya sendiridiharap semua a..."

MONDAY, FEBRUARY 14, 2011

"CONTEST SHORT STORY OF 20 WORDS"

Assalammualaikum semua kepada para pembaca Blog saya^^
ini adalah hasil nukilan saya sendiri
diharap semua akan menyukainya...
....SELAMAT MEMBACA....

" Once you're tagged or volunteer to join this contest.. You need to write a SHORT STORY about 20 words that given.. At last, you need choose 2 people to be tagged.. Hopefully the person who be tagged must give some cooperation.. And it’s really mean to who are tagging.. If I tag you, it's because I want to know more about your talent in writing SHORT STORY.. And the words are: 

Love 
Money 
Car 
Island 
Cake 
Mom 
Dad 
Special 
Ring 
House 
Cook 
Eat 
Woman
Road 
Moon 
Stars 
Sun 
Wind 
Death 
Smile

You can use that 20 words random list and also can write it either in English or Malay.. Good luck"


"KENANGAN YANG TERINDAH"

Suasana diselubungi sepi bertemankan embun sejuk di pagi hari, aku melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat ku.  Dua mata anak kecilku ini memerhatikan keadaan di sekelilingku yang tidak lagi seperti selalunya, yang kedengaran sedikit kebisingan dan keriuhan serta gurau senda di antara rakan sekerja ku.  Kalau tidak kerana hujung tahun yang ramai melakukan aktiviti percutian bersama keluarga tersayang mereka,  Pejabat ku ini tidak sunyi sebegini.
Hurmmmm, aku duduk bersendiri di ruangan ku sambil mendengarkan alunan irama lagu tolong ingatkan aku dari Ana Rafali, lunak sungguh suaranya seperti perasaan yang ingin disampaikannya melalui kata-kata lirik itu.  Ya allah, tiba-tiba aku teringatkan kata-kata mama yang ingin mengadakan majlis pertunangan ku bersama Suffian Amat merangkap kekasih sementara menjadi dua ikatan yang bakal direstui oleh semua keluargaku dan dia di Keningau pada percutian akhir tahun kami ini.  Segala hantaran-hantaran telah ku siapkan dan hanya tinggal untuk dibawa ke kampung saja.  Aku tersedar dari lamunan seketika, telefon bimbit terpintarku Blackberry5320 berbunyi, nama Lolipop Luv Boy tertera di screen itu, aku mula mengukir senyuman manis dan menjawab panggilannya dengan perasaan yang senang. “salam,hye b..sihat ka??dah sarapan??makan apa?by d kapal ni ada kerja sikit.  Lusa b balik kampung pukul berapa?by balik esok dengan dorang kakak untuk siap-siap.  B jaga diri ya syg, jangan sampai sakit-sakit pula love u b.” Akhir kata dari Lolipop Luv Boy ku itu.  Aku senyum lebar sambil menjawab semua pertanyaan yang di ajukannya itu kepada ku sebentar tadi.
Hari ini aku pulang ke rumah awal sekali, tidak seperti selalunya yang balik agak terlalu lewat.  Aku mengemas kesemua barang-barang dan pakaian yang hendak di bawa balik ke kampung agar nanti aku tidak lupa.  “Era,mari keluar makan bersama-sama semuanya” Kedengaran suara kecil abah yang memanggil aku untuk makan bersama sekeluarga.  “Iya abah, sekejap lagi saya keluar ya.” Jawabku lagi.  Tanpa membiarkan mereka yang lain menunggu aku terlalu lama lagi, aku cepat-cepat keluar dan duduk di kerusi meja makan sebelah adik ku Buluk.  “Mari semuanya makan dan jangan ketinggalan ya.  Mama masak sedap-sedap hari ni, semuanya masih panas lagi.  Nanti kalau kelamaan jadi sejuk dan tidak sedap pula nanti.” Mama memulakan ayatnya sambil menyedukkan nasi kepada kami.  Selesai saja siap makan aku kembali ke bilik ku untuk menghirup angin malam yang segar,  aku duduk bersendiri sambil merenungkan bulan dan bintang yang terang dan cantik kekuningan di langit sana.  Ingin benar aku mencapainya tapi apa kan daya, sampai bila-bila pun perkara itu mustahil akan terjadi.
Tiba hari yang di tunggu-tunggu, hari ini kami sekeluarga balik ke Kampung untuk menyambut majlis pertunanganku bersama keluarga besar ku di sana.  Sungguh cerah cuaca hari ini, dengan sinaran matahari yang begitu menyinari hidupku sekaligus seperti turut menyambut kepulangan kami sekeluarga di kampung.  Setelah tujuh jam di dalam perjalanan, kami selamat tiba di Keningau petang ini dengan cepatnya kerana melalui jalan dari Kimanis yang mengambil masa hanya selama dua jam.  Disepanjang jalan tadi, aku menghabiskan masa dengan melihat pemandangan di sekelilingku, aku ternampak Banjaran Crocker yang sangat cantik, apa lagi berbukit bakau kehijauan rumputnya bertemankan kabus yang memutih tebal.  Aku sangat terpegun apabila melihat seorang budak perempuan yang menjual bunga-bunga segar yang di lereng bukit itu, sungguh cantik latarnya.  Seandainya saja aku dapat mempotretkan gambaran itu, pasti lebih cantik.
Setibanya sahaja kami di halaman rumah ini, semua ahli keluarga keluar dan menjemput kami untuk masuk ke dalam rumah, sungguh meriah rasanya berkumpul sebegini kerana bukan selalu dapat bersama dan bercerita-cerita panjang.  “wah wah wah…tidak makcik sangka Era akan bertunang secepat ini, jadi lepas bertunang ini kena la saling menjaga sesame sendiri ya, kesian mendiang nenek tidak ada bersama kita lagi.  Kalau dia ada, dia pasti suka.” Kata-kata yang terpacul keluar dari mulut makcik Ju.  Tapi sememangnya benar akan semau yang di katakan oleh makcik Ju tadi.  Kampung kesayangan ku ini yang sekian lama tidak ku jejaki setelah kematian nenek hampir sepuluh tahun yang lalu.  Terlalu banyak nostalgia yang ada di sini bersama orang yang amat ku sayangi dan sanjungi iaitu nenek.
Hari ini adalah hari pertunangan ku bersama suffian kekasih hatiku yang sangat aku kasih dan cinta padanya.  Aku tidak pernah menyangka yang akhirnya hasrat kami berdua untuk membuat satu ikatan ini terjadi dan direstui keluarga.  Sambil menunggu kelibat kereta pihak keluarga lelaki datang, aku memasukkan cup kek ke dalam bekas hantaran ku dan merapikan diri.  Tidak lama selepas itu, pihak keluarga tiba di perkarangan halaman rumah dan keluarga ku menjemput mereka masuk dan memulakan rundingan. “apa hajatnya kalian semua dating bertandang ke mari hari ini?” kata pakcik ku yang menjadi wakil bagi abah.  “Sebagai yang sudah sedia maklu,kami ini ke sini adalah untuk menyarungkan cincin ke jari wanita pilihan adik kami sebagai tanda ikatan rasmi”balas pertanyaan dari pihak lelaki.  “owh, kalau begitu jangan di lama lamakan rundingan ini. Teruskan saja sarungkan cincin ini ke jari bungan yang di sunting”abah membalasnya dengan bersahaja sambil ketawa.  Kakak kepada suffian duduk berhadapan dengan ku sambil menyarungkan cincin di jari dan mengucup pipi ku tanda setuju serta memberi duit sebagai tanda pemberian.  Sejurus sahaja itu, kami mempelawa pihak lelaki untuk menjamah makanan yang telah di masak  oleh mama sendiri istimewa untuk tetamu yang datang.
Aku sangat gembira, akhirnya selesai semuanya seperti mana yang telah dirancang.  Percutian ku kali ini, aku menganggap percutian yang paling istimewa dan tidak akan aku lupa kerana di percutianku kali ini aku dapat bertemu dengan semua keluarga besar ku di Keningau ini, menjadi tunang suffian dan dapat menziarahi kuburan nenek kesayanganku.  Selepas ini, akan bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarga dan tunangku.

TAMAT....
Saya tag : Elieynz Anakah dan bABy nAd

selepas nie kalau ada lagi yang berminat...jangan malu dan jangan segan ya guys...karanglah seberapa banyak story yang lebih menarik....
 muahhhhxxxx!!
-THE END-





Rabu, 26 Januari 2011

CERITA TERINDAH & SEBUAH PERPISAHAN

AKU,DIA & KAMU JADI SATU..SEMUA MENJADI CERITA DALAM SEBUAH KISAH
Ceritera Terindah Bagi Sebuah Perpisahan....

Lampiran Kedua...( Di Gundam Park)
      "Mobiler,cepat bantu saya!"arah Alya melalui Control Watch."baik left"kata seorang Mobiler.Sebuah Gundam berada di hadapan Alya dan Ryoma yang menahan kesakitan.Hujan yang sudah mulai turun merimaskan dia.Alya memangku kepala Ryoma,Gundam tadi menggangkat beban yang jatuh diatas Ryoma."Ryoma,macam mana?sakit ka?"Tanya Alya kepada Ryoma."Alya,besi itu menembusi kaki ini"kata Ryoma kepada Alya dengan keadaan yang menahan kesakitan.Darah merah yang mkengalir pekatnya itu dari pehaRyoma menjadi cair apabila hujan turun dengan lebih lebatnya.Baju Alya dan Ryoma basah kuyup."Mobiler,cepat minta bantuan dari MC (Medical Centre).Kapten Echizen cedera parah"kata Alya.Mobiler dengan segeranya menekan butang kecemasan untuk meminta bantuan.Daus dan Bell secara kebetulan berada di kawasan tersebut dengan segera memakai baju hujan dan merikan bantuan kepada Ryoma dan Alya.
       "Alya,apa yang telah berlaku?"Tanya Daus yang melihat Alya dengan wajahnya yang amat cemas.tanpa berlengah lengah lagi Alya meminta dirinya dan Ryoma dibantu.."Daus,cepat bantu aku,Ryoma cedera parah ni.."Kata Alya kepada Daus dengan ringkasnya.Daus dan Bell hanya mengangguk dan terus memberikan pertolongan kepada mereka.Alya membuka kain di dahinya dan mengikatkannya pada kaki Ryoma untuk menghentikan pendarahan.Daus dan Bell segera mengangkat Ryoma dan membawanya ke MC.
       "apa???"suara memory mengejutkan mereka semua yang ada di ruangan RAC."baiklah,saya akan kesana"putus memory."Ryoma kemalangan dan cedera parah sebab pendarahan yang serius"terang memory.Mata Bayu terbeliak bagai mahu terkeluar daripada kelopak matanya."saya nak pergi kesana sekarang Kenren."kata Memory."biar saya hantar awak"Karen yang sedia membantu .Dia segera mengekori isterinya bersama kunci keretanya."saya nak ikut sekali..."kata Bayu dan Danish serentak....
     "nah,minumlah coklat panas yang saya buat ini.Supaya badan awak panas sedikit."kata Daus sambil menyerahkan cawan kertas yang berisi coklat panas itu kepada Alya yang masih berasap asap lagi.Daus mengambilnya dari tangan Daus.Dia agak terketar ketar dengan wajah yang pucat 
lesu kerana masih basah kuyup dan rambutnya juga basah.
     "buka jaket awak,nanti kena selesma..Bell dapatkan beberapa helai selimut dan tuala untuk Alya"pinta Daus kepada Bell.Bell hanya mengangguk dan berlalu.Alya meletakkan cawannya dan membuka jaketnya.Daus juga turut membuka jaketnya dan memakaikannya kepada Alya...Gadis iti hanya diam membisu...
      "kenapa macam ni?kenapa biarkan diri awak kedinginan menguasai kamu Alya?"tanya Daus sambil duduk di sisi Alya.Suasana di ruangan menunggu Hospital sangat sunyi,sesekali derap kasut kedengaran datang dan pergi.Tiada tanda tanda Ryoma akan diberitahu tentang keadaannya."kamu kecewakan?"tanya Daus kepada Alya.Alya mendongak sedikit dan kemudiannya tunduk kembali. Dia masih terketar ketar dan bertanya kepada Daus"macam mana kamu tahu??"tanya Alya kepada Daus dan ada sedikit getaran dihujung ayatnya."saya kenal kamu lebih dari sepuluh tahun Alya,sejak dari High School lagi until Now.Saya dah perhatikan perangai awak semenjak dua menjak ini.kamu makan dengan banyak dan sibukkan diri dengan tugasan.sama ada awak sedar atau tidak sedar itu adalah perbuatan orang yang kecewa Alya."Ulasan yang diberikan oleh Daus kepada Alya.Gadis itu masih membisu..

Selasa, 25 Januari 2011

CERITA TERINDAH & SEBUAH PERPISAHAN

AKU,DIA & KAMU JADI SATU..SEMUA MENJADI CERITA DALAM SEBUAH KISAH
Ceritera Terindah Bagi Sebuah Perpisahan....

Lampiran Pertama...
        Alya mendekati Danish lantas dia menarik kalung yang dimiliki oleh alya dan menyerahkannya kembali rantai logo menerua yang di tariknya tadi kepada Danish.."Jangan risau,saya akan merahsiakan hal ini dari abang dan mama syeira.Jagalah diri mu Danish Datrisyah..." Alya melangkah jauh,dengan sekelip mata sahaja bayangnya berlalu pergi."tidak!!!" jerit Danish.Dia bersujud sambil memandang ke arah lantai"Jangan tinggalkan aku Alya..."katanya lagi dengan linagan air mata jantan yang keluar berderaian jatuh.
        
       "mana Alya, Balqis??" tanya Tamara kepada Balqis.Dia agak kehairanan melihat kerusi pada meja makan yang tidak dipenuhi oleh Alya dan Bard."dia dan Bard ada kerja di Gundam Park di sebelah barat.Abang dah lupa yang hari ini hari ketiga,abang da lupa la tu kan..?" tanya Balqis.Tamara teringat pasti Farhan sedang mengarahi perpindahan zarul akan berlaku hujan."Danish dan tydus makan la jangan malu-malu,kan nak jadi satu keluarga juga nanti" kata kehren lagi sambil tersenyum.Tydus turut tersenyum sambil memandang Qalisya,Danish yang duduk disebelah Tydus hanya membisu dan  memory memandang Danish dengan hati yang keresah resahan "kenapa Danish??kenapa boleh jadi macam ini...?"rusik hatinya...

DI GUNDAM PARK

       "cepat masukkan kedalam penempatan Gundam.Hujan akan turun dalam setengah jam lagi."Jerit Ryoma.Kesemua Mobiten (pemandu Gundam) meletakkan Gundam mereka kedalam Penempatan Gundam."Ryoma, tinggal berapa buah lagi?" tanya Alya.Angin yang kuat telah menyukarkan mereka untuk berbicara ."18 buah lagi Al!".Jerit Ryoma.Walaupun jarak mereka hampir,namun suara terpaksa dibesarkan."kita kena lipat Gundam kuasa Ryoma! untuk bilangan Gundam sebanyak itu kita perlukan masa dua jam lagi..makin sukar kita lakukan dalam keadaan cuaca yang seburuk ini sekarang!"Jelas Alya.Ryoma hanya menggangguk tanda setuju dengan kata-kata Alya sambil memperbetulkan penutup kepalanya itu. Cuaca itu terlalu buruk untuk mereka meneruskan tugas.
       Tiba-tiba kabel pada kren terputus dan terjatuh menimpa Alya dan Ryoma.Ryoma yang menyedarinya lantas menjerit ke arah Alya"Alya!!awas!"kata Ryoma.Dia menunding jarinya keatas."Perisai Beku!" seru Alya.Mereka berdua dilindungi oleh Hemisfera ais.."ia tidak akan bertahan,Alya.."kata Ryoma, Alya hanya menggangguk menandakan setuju."Ryoma cepat lompat nanti!"belum sempat Ryoma mengelak,Perisai Beku tersebut runtuh dan beban menghempap Ryoma..Ryoma hanya memandang Alya yang sudah melompat lari ke arahnya"Ryoma!!!"Jerit Alya...


SEMENTARA ITU,RUMAH AGAM CHINOSA...


       "Pramg!!" semua mata tertumpu pada Bayu,memerhatikan gelas Bayu yang telah pecah dari tangannya yang terhempas ke lantai."Bayu?kenapa sayang?"tanya Balqis."akak,saya tidak buat apa apa.."kata Bayu kepada Balqis kakaknya.Dia mula diserangi rasa tidak senang hati.Balqis bersuara lagi"habis,kalau tidak ada apa apa,kenapa gelas yang Bayu pegang tadi jatuh dan pecah sayang?Emma,tolong saya ambilkan penyapu.bantu saya bersihkan semua kaca-kaca tu"arah Balqis.Bayu termangguh memikirkan kenapa agaknya dia tidak berasa senang hati?mana Ryoma saat ini.....?

Ahad, 23 Januari 2011

Ulang Tahun Ku yang ke 22...^^

    Alhamdulliah..bersamaan dengan 23 January 2011 pada ary ahad ini..aku memanjatkan kesyukuran kerana aku masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini..Kini cukup la umur ku yang ke 22 tahun,wah2...tanpa disedari kan aku sedang ke alam kedewasaan.aku mengharapka agar kehidupan ku selepas ini dapat aku tempuhi walau banyak liku-liku dan ranjau yang harus aku harungi sendiri,family dan si dia...aku juga berharap agar kehidupnku sentiasa suksess dalam apa jua yang aku lakukan dan sentiasa diberkati oleh allah swt.
     Aku harap pada umurku yang semakin tua ini,aku semakin matang dan berfikiran panjang serta sentiasa positif dalam apa juga yang aku sedang hadapi..dan aku berharap,perancangan ku bersama si dia untuk membuat satu ikatan akan di restui dan kami sentiasa aman damai dan bersedia bersiap sedia untuk kehidupan yang mendatang...ajal maut segalanya di tangan tuhan..aku sebagai umatnya hanya mampu berdoa dan berserah..semoga aku mendapat hidayah dan terus mendapat hidayah untuk menginsafi diri ini...amin....
     aku tidak mengharapkan sesuatu pada hari lahirku,,cuma aku hanya ingin lebih di hargai dan disayangi....heheheheee...biasalah..sapa yang tidak mahu kan..klu aku,aku mahu deh...aku amat berterima kasih kepada Mr S aku kerana sudi membawa aku dan family ku makan-makan dan bersuka-suka selama sehari ...aku tahu,dia amat menyayangi aku dan ingin melihat aku lebih gembira dan bahagia selama berkawan bersama samanya...TQ by..Luv u so much...
    




 tq by
..^_^..


Jumaat, 21 Januari 2011

22 January 2011

Dear followers,
        22 January 2011, kalau dari segi kesihatan..aku sihat sihat saja. cuma perasaan aku yang belum bagus lagi.hurmmm..apa apa pun aku mulakan ary ku nie dengan baik seperti biasa dengan bermula bangun pagi, mandi, bersiap siap dan makan seterusnya pergi kerja...di tempat kerja pula ary nie nampaknya site nampak agak tenang dan terlalu tenang...dorang menegur dan membuatkan aku ketawa..layanan mereka seperti biasa terhadap aku..sentiasa ok dan bukannya K.O...hehheehheeee...kidding..



pagi-pagi lagi aku kena bagi coklat cloud 9..
best woo makan coklat pagi2..
nie yang wat kan aku senyum sja nie..
klu by tau aku makan coklat pagi2 nie..msti bisng lg nie...♥♥♥♥

        hurmmmmm,misi pertama ku selepas kerja ini yang paling penting sekarang...apa aku mau buat after kerja ya...????ary nie ary sabtu dan aku setengah ary..mau jalan-jalan ma my by,dia bz...sma kawan pula semuanya di K.K...lo mcm 2 lepak dekat laut la dengan mama & ameng...heheheheee...


Khamis, 20 Januari 2011

JAGA LA KAIN SENDIRI DAN BUKAN KAIN ORG....

Dosa Pemfitnah

Rupanya ada lagi antara kita yang menaburkan fitnah. Kita ini orang Islam, kuat beramal dan beribadat kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Tetapi ada juga yang tidak endahkan tentang betapa besarnya dosa menyebar fitnah.
 
JAGA LA KAIN SENDIRI DAN BUKAN KAIN ORG....
 
kenapa seseorang itu perlu menceritakan hal peribadi seseorang kepada orang lain yang sangat mengenali aku begitu dalam sekali dari sejak aku kecil lagi...kenapa mesti dia memberitahu hal peribadi dan terlalu peribadi ini pada aku kepada orang lain yang bukan lain tapi keluaga terdekat ku juga...
         Setiap manuasia punya kisah silamnya,kisah silam yang teruk..dahsyat.itu semua kenangan dan masa silam yang sudah lama terjadi pada kisah hidup ku.siapa pun kamu,kamu tidak berhak mengata ngata dan bercerita-cerita yang buruk pasal kisah lalu ku...kita manusia ini semuanya sama sahaja.sama seperti diri kamu,aku juga percaya yang kamu juga pernah melakukan perkara sedemikian dahulu..walaupun bukan sekarang..tapi tidak seorang pun menceritakan perkara buruk kepada kamu atas apa yang telah kamu lakukan dahulu dan walaupun dulu aku masih kecil di alam keanak anakan yang tidak tahu sehingga kini yang mengetahui segala hal tentang kamu..aku masih menghormati kamu dan tidak menceritakan hal yang lepas yang pernah terjadi kepada kamu..kerana aku tahu kamu itu siapa..aku hormat kamu kerna kamu punya kaitan sama aku.
         Kamu bukan la tuhan untuk menyalahkan aku mahupun bukan tuhan yang membirikan dosa atau pahala kepada ku..tuhan itu adil,bijaksana,maha mengetahui dan akan memaafkan hambanya yang pernah melakukan kesalahan..aku tidak bersalah terhadap mu..tapi aku bersalah kepada allah s.w.t...tapi kenapa kamu yang merasakan seperti aku yang bersalah kepada mu...ingatlah,siapa pun kita di muka bumi ini...kita semuanya sama rata yang punya kesalahan dan kebaikan.hanya tuhan yang mengetahui segalanya dimana yang benar sebenarnya dan di mana yang salah sesalah salahnya....
      Walau sebesar mana zarah dosa ku..hanya allah swt sahaja yang maha mengetahuinya...aku sebagai hambanya wajar merasakan bersalah dan mohon keinsafan serta bertaubat kepadanya....dan kamu sebagai seorang manusia yang pernah punya kesalahan bukan menceritakan hal org..tapi menasihati dan pimpim aku ke arah yang benar dan sebenarnya lg....
        Hurmmmmm....apa apa pun  sekarang kehidupan ku makin ceria dan tenang serta bahagia sama family dan si dia ku.perkara yang lepas sudah ku tinggalkan dan tidak ingin di kenang lagi..aku sudah lama membuka lembaran baru dalam hidup ku...
aku maafkan pada orang yang menghuru hara kan kehidupan ku sekarang..harap dia bahagia dengan pa yang sudah di hebohkan nya...

Isnin, 17 Januari 2011

TOLONG INGATKAN AKU

Tolong Ingatkan Aku Jangan disusun kata-kata penamat



Jangan disebut baris ayat keramat


Biar lenyap diserap sunyi


Biar senyap yang tak menyepi



Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar

Dengan saku penyeluk masa



Mari patahkan papan markah lama


Mari padamkan buku tiga lima


Biar luka sembuh sendiri


Biar lupa dimakan hari



Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar

Dengan saku penyeluk masa

Kau dampingi aku

Setiap detik jantungku berdetak

Setiap nota jiwaku berlagu-lagu



Bila marah merasuk minda


Kecewa menyelubungi jiwa


Aku lupa



Tolong ingatkan aku

Kisah ku tersedar

Dengan kasih memeluk rasa

Ku teringatkanmu

Setiap detik jantungku berdetak

Setiap nota jiwaku berlagu-lagu



Tolong ingatkan aku kisah kita


Tolong ingatkan aku


Kisah ku tersedar


Dengan kasih memeluk rasa



Tolong ingatkan aku

Kisah kita...



I LUV MY LOLIPOP BOY...
I ALWAYZ MIZZZZZ HIM....
I'LL LUV HIM FOREVER AND EVER...