Custom Glitter Text

Ahad, 13 Februari 2011

MONDAY, FEBRUARY 14, 2011

"CONTEST SHORT STORY OF 20 WORDS"

Assalammualaikum semua kepada para pembaca Blog saya^^
ini adalah hasil nukilan saya sendiri
diharap semua akan menyukainya...
....SELAMAT MEMBACA....

" Once you're tagged or volunteer to join this contest.. You need to write a SHORT STORY about 20 words that given.. At last, you need choose 2 people to be tagged.. Hopefully the person who be tagged must give some cooperation.. And it’s really mean to who are tagging.. If I tag you, it's because I want to know more about your talent in writing SHORT STORY.. And the words are: 

Love 
Money 
Car 
Island 
Cake 
Mom 
Dad 
Special 
Ring 
House 
Cook 
Eat 
Woman
Road 
Moon 
Stars 
Sun 
Wind 
Death 
Smile

You can use that 20 words random list and also can write it either in English or Malay.. Good luck"


"KENANGAN YANG TERINDAH"

Suasana diselubungi sepi bertemankan embun sejuk di pagi hari, aku melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat ku.  Dua mata anak kecilku ini memerhatikan keadaan di sekelilingku yang tidak lagi seperti selalunya, yang kedengaran sedikit kebisingan dan keriuhan serta gurau senda di antara rakan sekerja ku.  Kalau tidak kerana hujung tahun yang ramai melakukan aktiviti percutian bersama keluarga tersayang mereka,  Pejabat ku ini tidak sunyi sebegini.
Hurmmmm, aku duduk bersendiri di ruangan ku sambil mendengarkan alunan irama lagu tolong ingatkan aku dari Ana Rafali, lunak sungguh suaranya seperti perasaan yang ingin disampaikannya melalui kata-kata lirik itu.  Ya allah, tiba-tiba aku teringatkan kata-kata mama yang ingin mengadakan majlis pertunangan ku bersama Suffian Amat merangkap kekasih sementara menjadi dua ikatan yang bakal direstui oleh semua keluargaku dan dia di Keningau pada percutian akhir tahun kami ini.  Segala hantaran-hantaran telah ku siapkan dan hanya tinggal untuk dibawa ke kampung saja.  Aku tersedar dari lamunan seketika, telefon bimbit terpintarku Blackberry5320 berbunyi, nama Lolipop Luv Boy tertera di screen itu, aku mula mengukir senyuman manis dan menjawab panggilannya dengan perasaan yang senang. “salam,hye b..sihat ka??dah sarapan??makan apa?by d kapal ni ada kerja sikit.  Lusa b balik kampung pukul berapa?by balik esok dengan dorang kakak untuk siap-siap.  B jaga diri ya syg, jangan sampai sakit-sakit pula love u b.” Akhir kata dari Lolipop Luv Boy ku itu.  Aku senyum lebar sambil menjawab semua pertanyaan yang di ajukannya itu kepada ku sebentar tadi.
Hari ini aku pulang ke rumah awal sekali, tidak seperti selalunya yang balik agak terlalu lewat.  Aku mengemas kesemua barang-barang dan pakaian yang hendak di bawa balik ke kampung agar nanti aku tidak lupa.  “Era,mari keluar makan bersama-sama semuanya” Kedengaran suara kecil abah yang memanggil aku untuk makan bersama sekeluarga.  “Iya abah, sekejap lagi saya keluar ya.” Jawabku lagi.  Tanpa membiarkan mereka yang lain menunggu aku terlalu lama lagi, aku cepat-cepat keluar dan duduk di kerusi meja makan sebelah adik ku Buluk.  “Mari semuanya makan dan jangan ketinggalan ya.  Mama masak sedap-sedap hari ni, semuanya masih panas lagi.  Nanti kalau kelamaan jadi sejuk dan tidak sedap pula nanti.” Mama memulakan ayatnya sambil menyedukkan nasi kepada kami.  Selesai saja siap makan aku kembali ke bilik ku untuk menghirup angin malam yang segar,  aku duduk bersendiri sambil merenungkan bulan dan bintang yang terang dan cantik kekuningan di langit sana.  Ingin benar aku mencapainya tapi apa kan daya, sampai bila-bila pun perkara itu mustahil akan terjadi.
Tiba hari yang di tunggu-tunggu, hari ini kami sekeluarga balik ke Kampung untuk menyambut majlis pertunanganku bersama keluarga besar ku di sana.  Sungguh cerah cuaca hari ini, dengan sinaran matahari yang begitu menyinari hidupku sekaligus seperti turut menyambut kepulangan kami sekeluarga di kampung.  Setelah tujuh jam di dalam perjalanan, kami selamat tiba di Keningau petang ini dengan cepatnya kerana melalui jalan dari Kimanis yang mengambil masa hanya selama dua jam.  Disepanjang jalan tadi, aku menghabiskan masa dengan melihat pemandangan di sekelilingku, aku ternampak Banjaran Crocker yang sangat cantik, apa lagi berbukit bakau kehijauan rumputnya bertemankan kabus yang memutih tebal.  Aku sangat terpegun apabila melihat seorang budak perempuan yang menjual bunga-bunga segar yang di lereng bukit itu, sungguh cantik latarnya.  Seandainya saja aku dapat mempotretkan gambaran itu, pasti lebih cantik.
Setibanya sahaja kami di halaman rumah ini, semua ahli keluarga keluar dan menjemput kami untuk masuk ke dalam rumah, sungguh meriah rasanya berkumpul sebegini kerana bukan selalu dapat bersama dan bercerita-cerita panjang.  “wah wah wah…tidak makcik sangka Era akan bertunang secepat ini, jadi lepas bertunang ini kena la saling menjaga sesame sendiri ya, kesian mendiang nenek tidak ada bersama kita lagi.  Kalau dia ada, dia pasti suka.” Kata-kata yang terpacul keluar dari mulut makcik Ju.  Tapi sememangnya benar akan semau yang di katakan oleh makcik Ju tadi.  Kampung kesayangan ku ini yang sekian lama tidak ku jejaki setelah kematian nenek hampir sepuluh tahun yang lalu.  Terlalu banyak nostalgia yang ada di sini bersama orang yang amat ku sayangi dan sanjungi iaitu nenek.
Hari ini adalah hari pertunangan ku bersama suffian kekasih hatiku yang sangat aku kasih dan cinta padanya.  Aku tidak pernah menyangka yang akhirnya hasrat kami berdua untuk membuat satu ikatan ini terjadi dan direstui keluarga.  Sambil menunggu kelibat kereta pihak keluarga lelaki datang, aku memasukkan cup kek ke dalam bekas hantaran ku dan merapikan diri.  Tidak lama selepas itu, pihak keluarga tiba di perkarangan halaman rumah dan keluarga ku menjemput mereka masuk dan memulakan rundingan. “apa hajatnya kalian semua dating bertandang ke mari hari ini?” kata pakcik ku yang menjadi wakil bagi abah.  “Sebagai yang sudah sedia maklu,kami ini ke sini adalah untuk menyarungkan cincin ke jari wanita pilihan adik kami sebagai tanda ikatan rasmi”balas pertanyaan dari pihak lelaki.  “owh, kalau begitu jangan di lama lamakan rundingan ini. Teruskan saja sarungkan cincin ini ke jari bungan yang di sunting”abah membalasnya dengan bersahaja sambil ketawa.  Kakak kepada suffian duduk berhadapan dengan ku sambil menyarungkan cincin di jari dan mengucup pipi ku tanda setuju serta memberi duit sebagai tanda pemberian.  Sejurus sahaja itu, kami mempelawa pihak lelaki untuk menjamah makanan yang telah di masak  oleh mama sendiri istimewa untuk tetamu yang datang.
Aku sangat gembira, akhirnya selesai semuanya seperti mana yang telah dirancang.  Percutian ku kali ini, aku menganggap percutian yang paling istimewa dan tidak akan aku lupa kerana di percutianku kali ini aku dapat bertemu dengan semua keluarga besar ku di Keningau ini, menjadi tunang suffian dan dapat menziarahi kuburan nenek kesayanganku.  Selepas ini, akan bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarga dan tunangku.

TAMAT....
Saya tag : Elieynz Anakah dan bABy nAd

selepas nie kalau ada lagi yang berminat...jangan malu dan jangan segan ya guys...karanglah seberapa banyak story yang lebih menarik....
 muahhhhxxxx!!
-THE END-





1 ulasan: